Abby Abadi dakwa Noor Farhan sudah terbiasa menipu, mahu aibkan dirinya

"Dia sudah terbiasa menipu, mahu aibkan diri saya" - Abby Abadi

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Nasib diri seorang insan bergelar Abby Abadi dari dahulu nampak tiada kesudahan.

Biarpun telah membina rumah-tangga untuk kali ke-2 bersama seorang anak muda, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Rumah tangga yang mereka bina tidak sampai beberapa bulan telahpun hancur berkecai.

Selepas pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dua hari lalu, peminat hiburan dikejutkan dengan pendedahan Noor Farhan yang mengatakan dia telah dideda fizikal dan mental oleh bekas isterinya itu. Habis bercalar sana-sini. Well macam biasalah dah bercerai mulalah ada yang nak buka pekuang hal rumah-tangga sendiri.

Dalam pendedahan tersebut juga, Farhan turut mengemukakan bukti bergambar dan juga laporan polis berkenaan keganasan yang dilalui beliau sejak bersama Abby Abadi, Januari tahun ini.

Abby tidak tunggu lama untuk mengeluarkan kenyataan balas di Instagram miliknya di mana Abby mendakwa 95% dakwaan Farhan itu adalah rekaan semata selain Farhan memang dah terbiasa menipu. Namun Abby tidak pula menyatakan 5% mana yang betul. Heh.

“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata. Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja. Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” tulis Abby Abadi.

Picture
Semalam dalam satu kenyataan lain, Abby berekongsi satu screenshot SMS antara dia dan Farhan yang menunjukkan Farhan mengakui cerita tersebut sengaja ditokok-tambah media.

Apapun kepada Abby dan bekas suami, cukup-cukuplah tu membuat sebarang kenyataan umum. Adalah lebih baik anda berdiam-diri sahaja dan menyimpan baik-baik segala masalah rumah-tangga antara kalian berdua. Cukuplah mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan manusia disekeliling.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.