Zizie Ezzete curah kasih sayang kepada Puteri

Setelah 4 tahun lebih menjadi isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette kini lebih selesa dan bahagia dengan kehidupannya walaupun tidak lagi kita nampak dia berada di dunia seni.

Pun begitu dalam kebahagiannya itu, anak yang menjadi idaman mereka belum lagi dimiliki. Pun begitu, walaupun tiadak anak lagi, namun Zizie mencurahkan kasih sayangnya sementara itu kepada seekor kucing yang bernama Puteri.

Kucing terbuang itu dijumpainya dalam keadaan fizikalnya yang hampir buta.

video
"Memang di awal perkahwinan, saya ambil kisah hal ini. Hampir beberapa tahun mencuba. Alhamdulillah setelah diperiksa semuanya baik. Tetapi soalnya kini masih berbalik kepada rezeki. Saya reda ketentuan ini.

"Bila sudah begitu keadaannya, saya tahu Allah menjanjikan sesuatu yang berbeza buat saya dahulu di kala ini. Jadi dari saya terus sedih dengan perkara itu, baik saya hargai apa yang diberi dahulu,"

"Dulu saya sibuk, sampai mahu meluangkan masa dengan Mommy juga tidak sempat, walhal kami dekat sahaja.

"Tetapi kini saya mahu luangkan masa saya dengan mereka. Sebab itu saya lebih selesa dengan kehidupan saya kini. Sukar untuk saya gambarkan kebahagiaan saya tetapi senang saya katakan saya gembira," -Zizie petikan portal myartis.com | gambar instagram.com/izette78#


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.