Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tahun 2009,
Tiz Zaqyah
memang gemar mengambil gambar-gambar peribadi yang nakal ke
mana sahaja beliau pergi atau melawat.
Menariknya, apa sahaja gambar terbaru yang diambil akan dikongsikan kepada peminat di laman Instagram miliknya untuk menjadi tatapan mereka. Adakalanya, gambar-gambar yang dimuatnaik menerima kritikan peminat namun bekas kekasih Remy Ishak itu tidak memperdulikan.
Sekitar petang tadi, Tiz telah memuatnaik sekeping gambarnya berselfie ketika berada di tengah-tengah padang pasir Dubai. Memang gaya manja dan sosial beliau terserlah sehingga menerima banyak likes dan komen dari pengikut-pengikutnya di Instagram.