Lafaz cerai itu dikatakan berlaku pada 16 Mei lalu ketika Izreen sedang sibuk penggambaran bagi sebuah drama bersiri. Paling sedih, ia turut disaksikan oleh beberapa kru dan pelakon lain.
Terdahulu, pasangan ini dikatakan bertengkar hebat di lokasi penggambaran mengenai perkara peribadi yang tidak diketahui. Izreen yang diminta mengulas tentang kesahihan gosip lafaz cerai itu mengesahkan ianya benar.
Untuk pengetahuan, Izreen Azminda, 29, dan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, 31, berkahwin pada 30 Ogos 2012 di Alor Setar Kedah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikaruniakan seorang cahayamata diberi nama Muhammad Adrian Umar berusia 11 bulan.