Peserta Masterchef US dari musim ketiga, Josh Marks telah membunuh diri akibat masalah mental dan tekanan perasaan.
Peserta final Masterchef itu tewas di gelanggang terakhir kepada peserta Vietnam, Christina Ha, yang menghidap Neuromylitis Optica.Josh Marks telah didiagnos menghidap penyakit bipolar disorder sebelum disahkan menghidap schizophrenia seminggu sebelum dia membunuh diri.
Tekanan yang kuat dan masalah mental yang semakin ketara menyebabkan Josh Marks telah menembak diri sendiri untuk menghilangkan deritanya.
Josh Marks dikenali rakan-rakan sebagai " gentle giant " kerana perwatakkannya yang baik selain memiliki tubuh badan yang besar. Bagi mereka Josh Marks mungkin membunuh diri kerana bimbang dia akan mencederakan orang lain akibat penyakit halusinasi schizophrenia.
Juri Gordon Ramsay juga amat bersimpati dengan Josh Marks dan berkata beliau merupakan seorang yang berbakat.