Antara 6 Alasan munasabah wanita lebih memilih lelaki gemuk dari lelaki kurus !



Kebanyakkan orang berfikir tentang negatif daripada positif tentang isu gemuk. Orang gemuk mudah diserang penyakit, orang gemuk tidak padai berfesyen malahan juga orang gemuk lebih susah mencari teman wanita. 
Tapi siapa sangka ada wanita yang lebih memilih lelaki gemuk berbanding lelaki kurus. Ingin tahun antara alasan wanita memilih lelaki berbadan besar aka gendut ini.
Lebih Hangat - Mungkin betul. Ianya menjadi alasan utama kenapa wanita lebih sukakan lelaki gemuk berbanding lelaki kurus. Bayangkan saja kalau anda sedang jalan sama si bujang dengan keadaan udara yang sejuk, lalu anda lupa membawa jaket. Si gemuk tidak akan segan memberikan jaketnya pada anda. Bekalan lemak di tubuhnya akan membuatkan ia lebih bertahan dalam cuaca sejuk.
Best Untuk Dicubit - Pipi orang yang gemuk, geram betul rasa nak cubit je. Bukan sahaja pipi mereka saja jadi sasaran, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Anda merasakan geram dengan pipi mereka yang comel.
Boleh Menghabiskan Makanan - Jika anda tak habis makan, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini bisa menghabiskan makanan anda. Jadi, tidak berlaku sebarang pembaziran bukan.
Tidak Memilih Makanan - Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki gemuk ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, semua boleh diterima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja.
Rasa Selamat - Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar itu.
Kelakar - Mereka ini disukai kerana sikap mereka yang peramah dan mempunyai sense of humor. Melihatkan fizikal mereka sahaja kita sudah ketawa apatah lagi bila mula bersuara. Ya Ampun! Kelakar sangat. 
Apa-apa pun ini bergantung pada jodoh anda jika sudah jodoh dengan gemuk mahu pun yang kurus yang penting hidup anda bahagia bersama nya. Credit Wanista
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.