Tanpa ayah... #Trending ada cerita tentang kelahiran anak Pramugara MAS pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.-Foto ihsan Izuar Ismail (Facebook) dan Intan Maizura (Instagram).
"19 May 2014 Sayang, Ampunkan lah segala dosa2 mami to you... Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemafaan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita.. Ampunkan lah mami B... Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini.
Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata2 you yang diamanahkan oleh Allah ini menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia & di akhirat.... Salam sayang & rindu to you B... I realy realy miss you ... #prayforrainmh370 #prayformh370"
|
Masihkah anda ingat pada wanita yang bernama Intan Maizura ini? Beliau merupakan isteri kepada salah seorang pramugara yang terlibat dalam tragedi MH370.Alhamdulillah..beliau begitu tabah... - admin
MH370: Isteri pramugara selamat lahir bayi lelaki pada 20 Mei 2014. SHAH ALAM - Isteri anak kapal MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan selamat melahirkan bayi kedua melalui pembedahan, malam tadi.Bayi lelaki itu diberi nama Muhammad.Anak pertama mereka, Iman kini sudah berusia empat tahun.Intan Maizura Othaman, 34 memuatnaik gambar tag namanya di hospital di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang menyayat hati."Sayang, ampunkanlah segala dosa Mami to you (kepadamu). Sekiranya Mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7 Mac 2014, sudah tentunya Mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada kamu pada hari terakhir pertemuan kita."Doakanlah Mami selamat menjalani operation (pembedahan) untuk melahirkan Muhammad, hari ini," tulisnya.Dalam kapsyen sama, Intan memohon dipanjangkan usia demi mendidik anak-anak mereka."Semoga ALLAH SWT panjangkan usia Mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata yang diamanahkan oleh ALLAH ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat," tulisnya lagi.Operasi mencari MH370 terus dipergiat, namun sehingga ini pesawat berkenaan masih gagal dikesan. |
Itulah yang ditulis dan dimuat naik oleh Intan Maizura Othaman di akaun Instagram miliknya sebelum melahirkan anak keduanya, di Hospital Putrajaya. Intan merupakan isteri kepada Mohd Hazrin atau lebih dikenali sebagai Rain, salah seorang anak kapal MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
|
Intan Maizura, isteri seorang daripada anak kapal MH370 telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya kira-kira 4 petang semalam. |
Intan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam dan bayi tersebut diberi nama Muhammad bin Mohd Hazrin. Pasangan itu juga sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman. Usaha mencari pesawat yang menerbangkan 239 penumpang itu kini telah memasuki fasa baru SAR di dasar laut.