Waris MH370 Bakal Jadi Jutawan - Kuala Lumpur : Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan memenangi kes berkenaan di mahkamah.
Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta.
Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan.
Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.
“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera. – Metro