Luahan kagum Rita Rudaini usaha Engku Emran pujuk Erra Fazira - Pelakon terkenal, Rita Rudaini menyatakan perasaan terharunya dengan tindakan Engku Emran cuba memujuk Erra Fazira agar kembali ke pangkuan selepas hampir sebulan bercerai.
Luahan kagum aktres berusia 35 tahun itu dikongsikan beliau menerusi
laman Instagram miliknya semalam sebagai sokongan kepada kesungguhan
Engku untuk memenangi hati Erra semula demi kebahagian anak perempuan
mereka, Aleesya.
Menurut Rita, Erra Fazira boleh dikatakan individu yang amat bertuah
kerana bekas suaminya telah mencuba untuk memperbetulkan keadaan
sehingga sanggup mencipta satu baju-T khas buat Aleesya yang tertera
tulis hastag #prayformomandayah.
Bagi penulis, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup
berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya yang
dirasakan perlukan kasih sayang yang cukup daripada dua ibu dan bapanya.