Sudah menjadi lumrah artis apabila memuat naik sesuatu gambar ke media sosial sudah tentu mendapat respon tidak kira positif mahupun negatif dari peminat. Itulah yang terjadi kepada pelakon hebat Remy Ishak yang kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak menuduh dirinya tanpa sebarang bukti. Isnin lalu, Remy telah memuat naik beberapa fotonya menyertai pesta Songkran menerusi Instagram miliknya.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak turut memaklumkan, sebagai pelancong dia begitu teruja dengan perayaan tersebut serta mahu berkongsi dengan peminatnya mengenai keunikan budaya di negara gajah putih itu. Apatah lagi dia turut bercuti bersama rakan artis lain iaitu Ana Dahlia dan Karl Shafek.
Pesta Songkran merupakan pesta air yang disambut di seluruh Thailand dari 13 sehingga 15 April pada setiap tahun.. Bukan itu saja, Remy turut meminta maaf kepada semua peminat yang salah faham mengenai perkara tersebut dan berharap tidak ada mana-mana pihak cuba memperbesarkan perkara tersebut..