Ayopaya, Bolivia: Penduduk desa di kawasan hutan Amazon mengenakan hukuman yang sangat kejam terhadap 2 pencuri motor dengan mengikat mereka pada sebatang pokok yang penuh dengan semut api.
Kedua-dua pencuri itu yang berusia 18 dan 19 tahun hampir mati digigit
semut berbisa itu. Penyeksaan terhadap kedua-dua pencuri itu dilakukan
selama tiga hari berturut-turut.
Dua lelaki itu hanya dibebaskan Sabtu lalu apabila keluarga kedua-dua
pemuda berkenaan membayar wang tebusan dan ganti rugi kepada pemilik
motor berjumlah RM12 ribu, hampir empat kali ganda purata upah bekerja
setahun di Bolivia.
Kedua-dua pencuri motor itu kritikal dan ginjal seorang daripada mereka dikatakan hancur digigit semut api. - AGENSI