Gosip mengenai perceraian Dynas Mokhtar yang diuar-uarkan beberapa minggu lalu, kini telah mendapat komen atau reaksi empunya badan. Dynas dikatakan telah bercerai dengan suaminya, Mohd Hafiz.
Namun memetik portal Utusan, Dynas menafikan perceraian itu dan menganggap ianya sebagai berita tak berasas.
"Itu hanya gosip. Perkara ini memberi impak kepada seluruh keluarga kami, jangan terus diungkit,"
"Saya tidak mahu cakap soal ini depan anak saya kerana mereka sudah faham banyak perkara. Lebih baik kalau anda semua bertanya kepada ayah mereka," -Dynas
Mengikut sumber, nama sebenar Dynas iaitu Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar telah bercerai pada Februari lalu, sekitar pukul 3 petang di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.