Baca Transkrip Penuh Sebenar dikeluarkan Menara Kawalan Trafik Udara Malaysia



#MH370: TRANSKRIP PENUH KOMUNIKASI PESAWAT MH370 DENGAN MENARA KAWALAN TRAFIK UDARA DIDEDAHKAN | KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.



Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.

"Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.

"Transkrip ini pada awalnya telah disimpan oleh pihak polis sebagai bahan siasatan. Sebelum ini, Malaysia Airlines telah menyatakan bahawa siasatan awal telah menunjukkan bahawa suara terakhir adalah dari pembantu juruterbang. Polis sedang mengesahkan perkara ini, dan pemeriksaan forensik berhubung rakaman sebenar sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan kepada pihak media pada Selasa.

Katanya lagi, pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat bahawa, sehingga saat pesawat meninggalkan liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu adalah selaras dengan tindakan seseorang di dalam pesawat.

Pada hari Isnin, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370).

Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.

Berikut merupakan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur:




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.