Tinggal 3 hari saja lagi, maka genaplah sebulan pesawat MH370 hilang tanpa dikesan. Sungguh 20 lebih negara yang turut serta mencari pesawat milik Malaysia Airlines dengan menggunakan kelengkapan tentera yang canggih negara masing-masing, masih juga tidak dapat menemui pesawat MH370. Nyata, secanggih mana pun teknologi manusia, tidak dapat jua melawan kuasa Allah yang mengkehendaki sesuatu perkara itu berlaku. Maka kita berserahlah kepadaNya untuk membantu kita mencari pesawat yang hilang berkenaan.
Namun, tatkala negara masih lagi sedih akan kehilangan pesawat MAS itu,
ada juga pihak penerbangan lain yang menangguk di air yang keruh. Jika
sebelum ini, mereka berperang mengenai iklan makanan, gara-gara kritikan
nasi lemak telanjang Chef Wan, hari ini mereka semakin melampau-lampau
pula.
Sekeping gambar keratan iklan milik AirAsia:
TRAINING & PREPARATION
Pilot training in AirAsia is
continuous and very thorough. Rest assured that your Captain is well
prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!
Melampau bukan? Dah macam kebudak-budakan. Iklan AirAsia kalau tak sindir MAS memang tak sah.
Akibatnya ramai yang mengencam tindakan AirAsia menerbitkan iklan tersebut.
Tak tahu apa motif AirAsia menangguk air keruh di saat ini. Sudahlah
senior pilot AirAsia buat hal dengan mendakwa kerajaan sembunyikan
maklumat dari orang awam mengenai MH370 dan akibatnya digantung tugas.
Dan sekarang iklan berunsur sindiran tak kena pada masanya pula?
AirAsia jangan terlalu berlagak bagus. Kejadian di Hanoi, Vietnam tidak
akan pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia di mana AirAsia dengan tidak
berhati perutnya melarang seorang ibu dan anaknya yang hanya mempunyai
kesan chicken pox dari menaiki penerbangan AirAsia kembali ke Malaysia
walaupun mereka memiliki surat pengesahan dari doktor yang anak mereka
sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang yang lain.
Disaat itulah MAS tampil membantu ibu dan anak tersebut dari tempat
tinggal hinggalah mereka kembali ke Malaysia dengan selamat. Mana
AirAsia? CEO AirAsia hanya meminta maaf dan nafi tidak beri bantuan. Di
waktu ini, tiada sesiapa pun yang nak melihat dan menilai kebaikan yang
dilakukan oleh MAS.
Apa pun, tindakan AirAsia yang semakin hari semakin melampau ini patut
diberikan pengajaran. Jangan berasa hebat sangat bilamana merasakan diri
mereka menjadi pilihan rakyat yang kononnya boleh memberikan harga
penerbangan ke mana-mana destinasi dengan harga murah. Adakalanya harga
murah yang diberikan itu tidak menjamin kualiti perkhidmatan yang bagus.