Ulasan Dato Dr Ustaz Haron Din mengenai Tragedi MH370
Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib yang seharusnya di ambil peringatan :
1. Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kepada Allah. Insaflah yang kita sedang diuji Allah
2. Air di empangan makin kurang..3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh2 kapal dan aircrafts cari pun tidak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan-tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta..masih tidak mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lagi ilmuNya.
4. Dr Harun Din bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
5. Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya…Allah hina negara kita Malaysia dengan peristiwa macam ini.
6. Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7. Apabila sudah 3 4 hari tidak jumpa baru nak ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
8. Dr Harun Din kata ikut pengalaman beliau cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan.
9. Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh sudah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… hingga 1 dunia tengok gejala khurafat dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Berikut adalah doa yang pernah dianjurkan oleh Ustaz Haron Din sebelum memulakan perjalanan:
Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan.
*Doa ini juga boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga.