Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.
Jika anda sudah bersedia, kita akan memulakan tutorial menggodam dan mendapatkan password di kawasan kejiranan anda.
Jika belum, pastikan anda pergi membasuh muka dan buka mata anda luas-luas.
Caranya mudah.
Ikuti langkah di bawah.
1. Anda kena ada komputer. Kalau takde komputer, macam mana nak akses internet?
2. Kabel komputer kena pasang dan pastikan bil api anda sudah dijelaskan.
3. Jika langkah di atas sudah setel, pastikan anda masuk ke dapur dan cari barang makanan yang boleh dikongsikan dengan orang sekeliling anda.
4. Jika tiada makanan, pergilah ke luar atapun ke pasar untuk membeli goreng pisang dan air tebu. Pastikan beli lebih kerana anda akan memerlukannya untuk menggodam WiFi rumah jiran anda.
5. Jika pisang goreng dan air tebu dah beli, mari kita mulakan cara mudah untuk hack WiFi jiran anda.
6. Ketuk pintu rumah jiran anda dan berikan salam serta senyuman paling menawan.
7. Masuk pintu rumah jiran anda dengan langkah kanan dan duduk dengan sopan.
8. Mulakan bicara sopan anda dengan mengajak tuan rumah minum dan menjamah goreng pisang yang anda bawa tadi.
9. Jika tuan rumah dah sedikit terleka dan kemesraan mula terpancar di wajahnya, inilah masanya untuk bertanyakan kata laluan WiFi rumah beliau.
10. Jika dapat password WiFi hari itu jugak, anda seorang yang bertuah dan sekiranya tak dapat, esok anda cuba lagi.
Itulah cara terbaik untuk mendapatkan password WiFi rumah jiran anda iaitu dengan meminta izin dan pastinya WiFi beliau adalah selamat dan halal digunakan.
P/s : Jangan Marah Ya..Hehehe