Noryn Aziz tayang gambar putera sulungnya Raja Bariq Umar Shah
Beberapa minit lalu, penyanyi Noryn Aziz berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sejak Januari 2010.

Umar dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, di ibu kota secara normal pada jam 4.25 petang dengan berat 3.13 kilogram.
"Syukur atas rahmat-Nya. Insya-Allah Umar jadi anak soleh kepada abah dan ummi.
"Kami saya Umar. Semoga Tuhan mempermudahkan perjalanan putera sulung kami dunia akhirat," kata Noryn menerusi laman Instagramnya di bawah nama @norynaziz.

