Saksikan Babak ranjang Anzalna Nasir di slot Akasia



Anzalna Nasir memengang watak Mya Arlissa dalam drama 'Aku Isterinya'.
Pengarah Fairuz Loy, mengakui kurang berpuas hati apabila terpaksa membataskan beberapa babak intim dalam drama bersiri terbaru arahannya berjudul 'Aku Isterinya'. Namun beliau akur demi menjaga sensitiviti. Sekaligus mengelak dari timbulnya sebarang isu atau kontroversi apabila siri yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3 itu ditayangkan mulai 31 Mac ini.


"Pihak kami harus menjaga sensiviti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh stesen televisyen dan kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya kena olah semula beberapa dialog yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan kami tak boleh buat sampai babak atas katil tetapi kami visualkan dari segi kata-kata pandangan dan senyuman.

"Lagipun slot ini disiarkan selepas waktu maghrib, jadi kita faham dengan waktu itu adalah waktu yang sangat sensitif", katanya ketika ditemui pada sidang media drama arahannya itu yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.

'Aku Isterinya' diadaptasi dari novel terlaris nukilan Acik Lana. Drama tersebut menampilkan gandingan utama, Izzue Islam dan Anzalna Nasir.

Dalam pada itu Fairuz juga berkata beliau tidak gembira kerana terpaksa menukar judul drama arahannya itu kerana tajuk asal novel, 'Aku Bukan Mistress' tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengarah drama 'Aku Isterinya', Fairuz Loy.Pengarah drama 'Aku Isterinya', Fairuz Loy.
"Pada saya, tajuk sesebuah karya itu sangat penting. Apatahlagi jika drama itu diadaptasi daripada novel popular. Sebelum ini drama-drama di slot Akasia menggunakan judul asal novel yang diadaptasi.

"Tetapi bila giliran saya, pihak KDN tidak meluluskan atas alasan tidak boleh mencampur-adukkan bahasa. Saya agak tidak gembira dengan keputusan itu kerana tak dinafi sedikit sebanyak boleh menjejaskan drama ini. Tapi saya akur", katanya.

'Aku Isterinya' mengisahkan hidup Mya Arlissa mula malap selepas dirogol ole suami makciknya dan dituduh sebagai penggoda seterusnya menjadi bahan cemuhan orang kampung. Dia telah diselamatkan oleh Mikail semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun dia terus terperangkap dalam 'sangkar emas' yang dibina oleh Mikail yang tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Drama 28 episod terbitan Global Station ini turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.