Di hari ketujuh insiden kehilangan pesawat MH370 ini, banyak pula kes-kes nak ugut saman. Awal pagi tadi, ahli keluarga penumpangan MH370 di China mengugut menyaman Kerajaan Malaysia kerana gagal menemui pesawat MH370.
Terkini, Raja Bomoh pula mengugut barang sesiapa yang menuduh ritual yang dilakukan kumpulannya isnin lalu di KLIA melanggar syariat Islam, akan disaman.
Wah? Banyak kes saman hari ni kan?
Dipetik dari akhbar lidah rasmi UMNO, UTUSAN MALAYSIA:
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya

Semenjak ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu menjadi viral di seluruh dunia sehingga mendapat sindiran tajam dari negara Arab , pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan media menyatakan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin (Raja Bomoh) adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.