Sejak MH370 hilang selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan, program ping automatik kepada satelit Inmarsat menjadi satu-satunya petunjuk kepada kedudukan terakhirnya.
Hasil daripada data itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa pesawat itu akhirnya menjalankan “log keluar” daripada jaringan satelit pada 9.15 pagi – konsisten dengan had minyak pesawat.
"Ini menandakan pesawat itu tidak lagi log pada jaringan.“Justeru itu, pada suatu masa antara 0011 UTC (8.11 pagi) dan 0115 UTC (9.15 pagi), pesawat itu tidak lagi mampu berkomunikasi dengan stesen bumi.
“Perkara itu konsisten dengan masa penerbangan maksimum pesawat,” kata pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media harian berkaitan MH370 di Kuala Lumpur. ~mk