Pihak siasatan dari Amerika kesal apabila tidak di minta bantuan dari Malaysia. Mungkin dulu mereka ni boleh lah tipu kita sekarang admin rasa tak perlu lah mesti ada sebab kalau Amerika ni nak tolong. Huhu. Baca selanjutnya
Pegawai FBI Kesal Dengan Malaysia Kerana Tidak Minta Bantuan
Seorang pegawai kanan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarkat (AS) mengkritik langkah dan mengatakan bahawa Malaysia menyorokkan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan tidak bertindak cukup pantas untuk mengesahkan niat jahat lebih awal
New York Times (NYT) memetik pegawai itu sebagai berkata, lebih banyak hasil akan diperoleh jika Malaysia bersetuju menerima lebih daripada dua agen FBI bagi membantunya di Kuala Lumpur.
“Kita hanya tiada hak untuk mengambil alih siasatan begitu sahaja,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali ekoran siasatan masih berjalan.
“Tidak banyak kita boleh lakukan jika tiada permintaan daripada mereka untuk lebih bantuan atau pembangunan berkaitan maklumat yang kami ada.”
FBI mempunyai agen yang berpangkalan dari Kedutaan AS di Kuala Lumpur selama lebih sedekad itu.
Ia dikatakan membangunkan hubungan kerja dengan pegawai penguatkuasa undang-undang Malaysia dalam tahun-tahun mutakhir ini. Mungkin dapat membantu pihak Malaysia untuk kesan pesawat MH370 yang hilang itu.
Nota : Pada pendapat admin bagus lah kerana tidak meminta bantuan dari Amerika ini. Kita tahukan dari Berdekat lalu kalau mereka tolong pasti ada sebabnya. Lebh baik kita minta sendiri bantuan dari negara jiran kita dari negara-negara Eropah ini.