“Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada
bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka,” kata seorang
rakan yang rapat dengan keluarga Zaharie tetapi tidak mahu dikenali.
Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat
berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar
dari ‘ribut spekulasi’ yang melanda juruterbang itu.
Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak- anak Zaharie untuk
‘bersembunyi’ adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh
media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang
Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan
rumahnya.
“Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul
untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media,” katanya.
Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube
yang memberikan satu penghormatan untuk juruterbang itu dan curahan
sokongan dalam talian untuk anak perempuannya Aisyah, tiada sebarang
kenyataan dibuat selain itu.
Katanya, keluarga itu sangat memberikan kerjasama terhadap permintaan
yang dibuat oleh pihak berkuasa, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa
yang hendak disembunyikan.
Walaupun sesetengah saudara-maranya merasakan keluarga Zaharie harus
tampil secara terbuka untuk menjelaskan spekulasi yang menggambarkan
beliau sebagai seorang aktivis politik, mereka tahu mereka perlu
menghormati keinginan mereka yang mahukan privasi, katanya.
Saudara-mara beliau juga menegaskan bahawa Zaharie bukan seorang
ekstremis, tidak seperti apa yang dikatakan oleh media mengenai beliau.
Tiada satu pun spekulasi yang dapat meyakinkan mereka bahawa beliau
mungkin telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan MH370,
menurut mereka.
Beliau juga kerap menghubungi Aisyah yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina di Melbourne, Australia.
Anak perempuannya itu telah memberitahu seorang rakannya di Australia
sebelum kembali ke Kuala Lumpur bahawa “semua spekulasi itu seolah-olah
membunuh keluarganya”.
Aisyah telah mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga yang tinggal di lokasi yang berbeza dari rumah mereka di Shah Alam.
Bagi ahli keluarga Fariq, mereka tidak mahu ditemubual sehingga pesawat itu dijumpai. -mStarOnline