Lelaki Yang Dahulunya Di Buang Negara Kerana Terlalu Kacak, Kini Sering Mendapat Hadiah Mesteri Dari Wanita | Korang mesti pernah bacakan kisah lelaki ini di blog admin yang lama. Lelaki ini dahulu nya pernah di buang negara sendiri iaitu Arab Saudi kerana memiliki kekacakan yang amat sangat boleh menyebabkan ramai wanita terpikat dengan nya. Baca kisah lelaki ini selanjutnya
Lelaki Yang Dahulunya Di Buang Negara Kerana Terlalu Kacak, Kini Sering Mendapat Hadiah Mesteri Dari Wanita
OTTAWA – Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.
“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.
Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.
Nota : Kalau Kacak sangat salah hodoh sangat pon salah. Kesimpulan nya biar lah besederhana. Apa komen anda ?