Negeri Selangor sedang menghadapi krisi air. Tak perlu diperbincangkan nak salahkan sesiapa dalam isu ini kerana ianya tak akan habis. Yang pentingnya kita semua akui dan telah mengalami krisis air di Selangor.
Oleh kerana semua orang dah tahu, semua pihak dan sedar akan adanya masalah air, maka kita perlu bersedia menghadapinya. Kita perlu sediakan jalan penyelesaian untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa.
Masing-masing ada tugasan untuk pastikan kerja berjalan lancar. Restoran perlu cari jalan bagaimana nak sediakan air untuk memasak. Restoran juga perlu fikirkan jalan agar tandas mereka sentiasa ada air jika pelanggan mahu menggunakannya.
Dipihak swasta, tak kisah samada mahu bersedia atau tidak. Seperti contoh restoran yang saya berikan di atas, kalau tak mau sediakan tak apa. Terpulang pada pelanggan samada nak pergi duduk dan makan di restoran tersebut atau tidak.
Bagi taukeh restoran yang prihatin terhadap masalah itu, dia boleh jadikan ianya satu strategi meningkatkan perniagaannya. Pasang saja banner depan kedai yang bertulis, "TANDAS KAMI ADA AIR". Ini satu kelebihan dan mampu memberikan perbezaan berbanding restoran lain.
Bagaimana sekolah hadapi krisis air
Berbeza dengan pihak swasta, pihak kerajaan tidak ada pilihan dalam membuat persediaan menghadapi krisis air ini. Contoh paling mudah sebagai mewakili pihak kerajaan adalah pihak sekolah. Tak kisah samada sekolah rendah atau sekolah menengah.
Pihak sekolah perlu membuat persediaan yang cukup agar keperluan para pelajar dan guru terhadap penggunaan air mencukupi. Mungkin kes ini tidak berapa berat terhadap para gugu kerana mereka boleh bebas kelar masuk sekolah untuk selesaikan keperluan pada air, tapi bagaimana dengan para pelajar?.
Ada ratusan pelajar di sekolah-sekolah kerajaan. Malah ada juga yang mencecah ribuan pada satu-satu sekolah. Mustahil dalam jumlah seramai itu, tak ada yang akan kencing atau membuang air besar. Kalau orang Cina mungkin mereka dah biasa beristinjak, tetapi bagaimana dengan orang melayu?.
Belajar beristinjak hadapi krisis air
Mungkin salah satu pendekatan yang pihak sekolah boleh buat adalah dengan memberikan kefahaman dan keyakinan pada para pelajar untuk mengamalkan istinjak setelah membuang air. Tak kisah samada air besar atau air kecil.
Namun begitu, agak sukar untuk memahamkan pelajar sekolah rendah terutamanya antara tadika ke darjah tiga. Mereka perlu disediakan air juga agar lebih terjamin kebersihan. Berbeza dengan pelajar yang dah remaja, mungkin boleh dilaksanakan konsep beristinjak.
Inilah yang berlaku pada sekolah di Puchong. Samada sekolah kebangsaan maupun sekolah agama, pihak sekolah tidak bersedia menghadapi krisis air ini. Mereka biarkan saja ianya berlalu dan tidak melakukan sesuatu agar para pelajar tidak terabai kebajkan mereka.
Saya dapat tahu setiap hari berlaku ramai pelajar yang berak dalam seluar akibat krisis air ini. Mereka tidak diberikan penerangan dan tidak berapa faham lalu serbu ke tandas untuk buang air di saat akhir. Bila dilihat tak ada air di tandas tersebut, mereka mencari tandas yang ada air. Periksa dan periksa akhirnya taik tersembur penuh dalam seluar.
Menambahkan lagi malangnya kepada para pelajar, sekolah tidak ada menyediakan seluar ganti jika para pelajar memerlukannya. Air pula tak ada dan akhirnya para pelajar dibiarkan berada dalam tandas menunggu kedatangan ibu bapa. Mereka menunggu dengan keadaan taik penuh dalam seluar!!! kesian para pelajar ini.
Ibu bapa pula datang ambil pelajar dan bawa pulang sekali dengan najis yang penuh untuk membasuh di rumah mereka sendiri. Bayangkan betapa tidak cekapnya cara kita mengendaikan sekolah, terutamanya di Puchong Indah. Pergi semak pada para guru di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah dan juga Sekolah KAFA di sana
Cara mudah pihak sekolah hadapi krisis air
Saya dapat tahu para guru menasihati para pelajar tak payah datang jika exam dah habis. Sebab sekolah tak ada air. Maka ramailah pelajar yang ponteng sekolah jika dah habis exam.
Bagi mereka yang masih ada exam pula, terutamanya anak-anak saya, terpaksalah saya bekalkan seorang sebotol besar air untuk dibawa sebagai persediaan kalau nak kencing atau berak.
Saya tak pasti ada maklumat berkenaan kes pelajar berak dalam seluar di sekolah-sekolah lain di Selangor. Saya yakin tentu kes yang sama berlaku seandainya pihak sekolah tidak bersedia dan membuat perancangan dengan baik dalam menghadapi krisis air ini. - SUMBER