KEJADIAN DI SABAH: Lelaki Tinggalkan Nombor Telefon Selepas #Merogol Mangsa



SANDAKAN: Selepas #merogol, seorang lelaki meninggalkan nombor telefonnya kepada mangsa sebelum melarikan diri. Kejadian berlaku di Batu 7, jam 1.30 pagi kelmarin.


Lelaki itu menceroboh rumah dua tingkat yang didiami mangsa dan juga ibu bapanya. 

Dipercayai, lelaki itu menceroboh melalui pintu dapur, kemudian memasuki bilik mangsa yang berada di tingkat atas.

Mangsa tersedar dari tidurnya apabila lelaki durjana itu menutup mulutnya dan mengugut akan mengapa-apakan mangsa jika bertindak menjerit.

Selesai #merogol mangsa, lelaki itu memberitahu namanya dan memberikan nombor telefonnya serta berjanji akan datang kembali ke rumah berkenaan.

Ketika kejadian, adik mangsa tidur di bilik bersebelahan dan ibu bapa mereka pula berada di tingkat bawah. - BERITA HARIAN
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.