Bersemadinya Leftenan Wahi Di Lautan Luas Bersama Skyhawk Tentera Udara.
Negara digemparkan oleh kehilangan pesawat aset MAS Boeing 777 yang dipandu oleh seorang juruterbang yang sudah pun mencecah flying hour puluhan ribu, dalam ertikata lain pilot yang amat berpengalaman.
Oleh sebab negara sentiasa di dalam keadaan aman dan sejahtera selain dari malapetaka ciptaan manusia, maka kes sebegini mengejutkan ramai rakyat Malaysia dari tidurnya dan juga dari rutin harian.
Pada tahun 1988, sebuah pesawat Skyhawk A4 PTM yang dipandu oleh Lt Wahi Anuar bin Mat Amin, telah berlepas dari Pangkalan TUDM menuju ke Pangkalan TUDM Labuan, namun penerbangan itu dianggap penerbangan yang tidak pernah sampai ke destinasinya.
Wira udara ini lenyap dan hilang selama-lamanya di Laut China Selatan.
Sehingga ke hari ini, pesawat dan juruterbang yang malang itu tidak dapat dikesan. Kejadian yang telah berlaku hampir 26 tahun yang lalu. Bangkai atau pun cebisan pesawat juga tidak dapat dikesan.
Pada tahun 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Lt Wahi dianggap telah meninggal dunia secara rasmi.
Selepas kehilangan ini, ada lagi beberapa kejadian yang sama tetapi seperti di SINI.
Mulai dari beberapa kes ini, kerajaan mengambil tindakan menaikan taraf aset pertahanan dan ketenteraan. Itu pun masih ada gangguan dari rakyat yang 'condong membangkang' yang tidak menghargai nyawa anggota tentera.
Para keluarga dari kalangan mereka yang turut hilang bersama pesawat MH370 haruslah mencontohi keluarga Lt Wahi. Bersabar dan bersedia menerima apa-apa berita yang bakal diberitahu kelak.
Pihak kerajaan tidak sama dengan Facebooker dan Twitterian yang tiada rasa tanggungjawab, boleh menyampaikan apa-apa berita dan “aku dengar itu dan ini”.
Kerajaan terpaksa menapis semua maklumat kerana apa yang disampaikan mesti “Hold Water” kata orang putih, yakni kalis soalan. Bukan untuk menyampaikan yang cepat , tapi lebih utamakan yang tepat.
Kepada Lt Wahi , Al-Fatihah untukmu wira.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date