Putrajaya – Ibu kepada seorang penumpang MH370 Kamariah Sharif, 55, tetap yakin anak dan menantunya masih selamat dan menunggu kepulangan mereka dengan sabar walaupun sudah 16 hari kejadian itu berlaku.
Katanya, walaupun ada pelbagai petunjuk baru ditemui tetapi ia tidak dapat membuktikan ia milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Berdasarkan keyakinan itu, dia tetap menaruh harapan anaknya Mohd Razahan Zamani dan menantu Norli Akmar Hamid selamat, cuma tidak tahu di mana lokasi mereka sekarang.
“Mak cik selalu berdoa ‘Ya Allah’ Kau tunjukkanlah (jalan dan petunjuk). Dah lama menunggu… seksa rasanya menunggu, dah lama dia pergi.
“Ada petunjuk di sana sini, tetapi tak ada apa pun yang sahih, benda sama saja, macam-macam saya dengar ada kata jumpa beg bersepah… bukan, bukan dia, dia tetap selamat, cuma tak tahu di mana tempat berada,” katanya ketika ditemui di lobi Hotel Everly, di sini, lapor Hmetro.