Foto pra-perkahwinan pelakon Nur Fathia - Pelakon popular, Nur Fathia Abdul Latiff, 27, dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Aiman Akim Redza yang juga pelakon hebat tempatan.
Menurut sumber, Aiman dikatakan sudah membawa Nur Fathia berjumpa dengan orang tuanya sebelum ini namun perkembangan terbaru mengenai perancangan hubungan mereka belum diketahui setakat ini.
“Kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya."
“Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya.”
Dalam pada itu, Nur Fathia baru-baru ini berpeluang untuk memperagakan baju pengantin bagi edisi terbaru Majalah Pengantin.
Sekali pandang, penampilan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu seperti sedang bergaya untuk shooting foto pra-perkahwinan. Beliau nampak sangat cantik dan padan sehingga membuatkan penulis dan ramai jejaka di luar terpukau seketika.
Apapun, mari layan dua keping foro menarik pelakon Nur Fathia menggayakan baju pengantin dalam keadaan santai dan bersahaja.