FOTO GAMBAR DIKATAKAN MISTERI SEGITIGA BORNEO MIRIP SEGITIGA BERMUDA

FOTO GAMBAR DIKATAKAN MISTERI SEGITIGA BORNEO MIRIP SEGITIGA BERMUDA
FOTO GAMBAR DIKATAKAN MISTERI SEGITIGA BORNEO MIRIP SEGITIGA BERMUDA

Misteri Segi Tiga Borneo | Mirip Bermuda Triangle?

1. Cerita mengenai wujudnya Segitiga Borneo yang mirip Segitiga Bermuda adalah benar-benar wujud. Lokasi segitiga ini terletak di antara daerah Bario, daerah Pa'Lungan serta Gunung Murud di negeri Sarawak.

2. Menurut seorang pilot Hornbill Skyways, kawasan ini memiliki persamaan yang sama dengan Segitiga Bermuda dan banyak misteri yang ada di kawasan itu. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang paling digeruni oleh kalangan pilot yang seringkali berulang-alik di antara daerah Bario ke Ba'Kelalan.

3. Menerbangkan pesawat ke kawasan itu merupakan satu cabaran yang amat mencabar kerana 1001 kemungkinan kepada pilot yang melalui kawasan itu. Kedudukan yang sangat tinggi dari aras laut, 600 meter dan ditambah pula dengan bentuk geografi menambahkan lagi kesukaran pilot untuk melalui kawasan itu.

Tiada apa yang boleh diramalkan dengan tepat jika menerbangkan pesawat di kawasan itu sama ada dari segi cuaca, ataupun  tiupan angin. Namun, kedua-dua fenomena semulajadi tu boleh berubah sekelip mata.

4. Menurut seorang pegawai DCA (Jabatan Penerbangan Awam Malaysia), kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan KAWASAN BAHAYA semenjak zaman pemerintahan British.

 


5. Andaikata pesawat terhempa di kawasan itu, peluang untuk hidup adalah tipis lebih-lebih lagi jika diselamatkan. Ada kemungkinan mangsa boleh bertahan untuk beberapa hari dan juga bergantung kepada keadaan cuaca.

6. Suhu di kawasan itu pula di antara 14 ke 16 Celsius. Untuk sampai ke lokasi yang jaraknya 100 kilometer itu memerlukan masa paling cepat empat jam. Bentuk geografi juga menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi dari udara juga mengikut pada keadaan cuaca yang seringkali berkabus serta pokok rendang yang menyukarkan pengelihatan pilot  memantau atau memerhati lokasi kemalangan pesawat terhempas.

7. Ramai tahu Segitiga Borneo telah banyak kali meratah manusia. Kekerapan nahas yang melibatkan kapal terbang menjadikan Lapangan Terbang Daerah Bario seperti pesta pertunjukan udara terbesar di negeri Sarawak dek pelbagai pesawat dan helikopter yang bertapak di lapangan terbang itu untuk operasi mencari dan menyelamat.

8. Pesawat dan juga peralatan yang canggih, pesawat PC-3 dari US, sistem maklumat geografikal, kamera pengesan haba infra-red dari negara Australia juga turut digunakan.

9. Tetapi malangnya, walaupun canggih dan up2date, syilling sekecil 10 sen pun tidak dapat dikesan apabila peralatan-peralatan moden itu digunakan bagi menangani insiden helikopter terhempas di Bario.

10. Penggunaan peralatan-peralatan elektronik yang canggih dalam kes Bario ini, sebenarnya tidak membuahkan sebarang hasil yang memuaskan. Ini yang menyebabkan keluarga mangsa terpaksa mengambil khidmat bomoh bagi mengesan kedudukan mangsa secara syirik. Namun begitu, upacara ini dilakukan secara rahsia.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.