Antara Punca sebenar Wardina Saffiyah pindah ke Australia

wardinaSebab Utama Wardina Saffiyah Pindah Ke Australia | Pelakon yang pernah popular menerusi drama Spanar Jaya satu ketika dahulu, Wardina Safiyyah mengumumkan yang dirinya dan keluarga akan berpindah ke Brisbane, Australia dalam masa terdekat ini. Bukan berpindah tanpa sebarang perancangan, Wardina akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang psikologi. Tidak keseorang, suami dan anak-anaknya jug akan turut sama tinggal di bumi kanggaru ini. 

Pasti seronok dapat tinggal dan belajar di negara orang walaupun terpaksa meninggalkan segala aktiviti ceramah serta amal kebajikan persatuannya di Malaysia. Sambil belajar sambil berehat. Kata Wardina kepada MalaysianDigest:-

Saya akan berpindah ke Brisbane, Australia. Dari dulu lagi saya memang teringin belajar di luar negara. Saya nak menimba pengalaman baru di tempat baru. Cuma masa inilah baru ada kesempatan. Sekarang ni saya sedang tunggu surat tawaran. InsyaAllah saya akan menyambut pengajian Ijazah untuk tahun ketiga dan selepas ini sebolehnya saya nak lanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi lagi.




Saya akan berpindah bersama anak-anak sementara suami saya akan tinggal di sini dulu buat sementara waktu. Saja saya nak releks dari aktiviti-aktiviti saya di sini dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Anak-anak saya teruja nak ikut saya berpindah ke sana kerana mereka akan tinggal dekat dengan datuk mereka nanti

.
Selamat maju jaya dan all the best diucapkan buat Wardina. Sekurang-kurangnya Wardina dapat lari sekejap daripada hiruk pikuk dan kesibukan ketika berada di Malaysia. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa pulang dengan segulung ijazah. Kisahbest.my pasti ramai peminat Wardina akan merindui kelibat pelakon ini sepanjang ketiadaannya kelak.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.