Ramai yang tertanya kenapa permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014 yang dilakukan tidak lulus dan ada yang tidak mendapat BR1M 3.0 kali ini.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, terdapat beberapa punca/alasan permohonan BR1M 2014 yang anda lakukan tidak lulus dan hal ini dinyatakan dengan menggunakan kod tertentu.
Sekiranya anda memeriksa emel anda ketika membuat permohonan secara emel, anda akan mendapati kod alasan permohonan BR1M anda gagal.
Dibawah adalah senarai kod punca permohonan BR1M 2014 gagal.
Kod | Alasan Tidak Lulus BR1M 2014 | |
01 | No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | |
02 | Nama pemohon berbeza dengan data JPN | |
03 | No. pengenalan pemohon tidak wujud di UGAT/PDRM | |
04 | Nama pemohon berbeza dengan data UGAT/PDRM | |
05 | Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 | |
06 | Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000 | |
07 | Pemohon telah menerima baucar buku | |
08 | Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan | |
09 | Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan | |
10 | Semakan data agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan | |
11 | Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan | |
12 | Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap | |
13 | Maklumat tanggungan tidak lengkap | |
14 | Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi RM4,000 | |
15 | Pendapatan kasar bulanan di borang melebihi RM2,000 | |
16 | Pemohon tidak melepasi kelayakan umur memohon | |
17 | Permohonan lebih daripada satu kali | |
18 | Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain | |
19 | Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain | |
20 | Suami/Isteri telah membuat permohonan lain | |
21 | Suami/Isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain | |
22 | Suami/isteri wujud sebagai tanggungan pemohon lain | |
23 | Tanggungan telah membuat permohonan lain | |
24 | Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain | |
25 | Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain | |
26 | Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali | |
27 | No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | |
28 | Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data JPN | |
29 | No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di PDRM | |
30 | Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data PDRM | |
31 | No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di UGAT | |
32 | Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data UGAT | |
33 | Maklumat pasangan perlu pengesahan | |
34 | Maklumat tanggungan perlu pengesahan |