Akhbar Cina Membuatkan Ramai Orang Marah Pasal MH370 | Info yang sumber admin ambil dari Malaysia Insider mengatakan bawah akhbar tempatan Cina yang membuatkan rakyat di China marah kepada pihak MAS. Baca selnajutnya
Akhbar Cina Membuatkan Ramai Orang Marah Pasal MH370
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini telah ditemu ramah dan menyalahkan media cetak yang bahasa Cina didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan orang ramai kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan," katanya semasa sesi pengulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bahawa kenyataan menteri itu merujuk kepada akhbar bahasa Cina tempatan atau antarabangsa.
Hari ini lidah pengarang China Global Times berkata, Malaysia perlu mendedahkan semua maklumat kerana keraguan terhadap kehilangan pesawat itu akan hanya memusnahkan kredibilitinya.
Ahli keluarga China menerima berita mengenai 154 warganya dipercayai maut apabila pesawat MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, Putrajaya dengan perasaan marah sehingga menyaksikan berlakunya protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing semalam.
Akhbar harian itu berkata, dengan 154 penumpang adalah warganegara China, negara itu mempunyai hak untuk menggesa kerajaan Malaysia memaklumkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.
Zahid berkata, umum perlu mengetahui bahawa peristiwa MH370 adalah suatu kemalangan dan tiada siapa pun mahu ia berlaku.
Mengulas mengenai kekeliruan antara jumlah kecurian pasport seperti dibangkitkan ahli Parlimen Shah Alam, Zahid mengesahkan angka tersebut ialah sebanyak 40.1 juta.
"Angka tersebut adalah 40.1 juta seperti yang diberikan kepada Interpol. Saya menteri bertanggungjawab, jadi guna perangkaan saya," katanya.
Beliau juga berkata, tidak mungkin Jabatan Imigresen boleh mengesan pasport curi kerana jumlah tersebut terlalu banyak.
"Ia lebih senang sekiranya mereka dalam senarai suspek, Bagaimanapun, ini adalah kali pertama mereka memasuki negara.
"Sekiranya mereka pernah memasuki negara sebelum ini, maka kita akan dapat mengesan mereka melalui sistem biometrik," katanya.
Beliau juga berkata kemasukan dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu juga menggunakan standard prosedur yang betul.
Bagaimanapun Khalid sekali lagi membangkang menyatakan bahawa muka dua penumpang Iran itu tidak mempunyai iras Itali mahupun Australia.
Menjelaskan hal itu, Zahid berkata ketika itu tidak ada yang meragukan kerana bentuk muka dua penumpang itu sepadan dengan apa yang terpapar pada pasport mereka.
"Kenapa kita tidak boleh beza kerana iras muka adalah lebih kurang sama, contoh orang kita kalau tengok orang putih apa tanggapan mereka mesti kulit putih, hidung mancung," katanya.
Beliau juga berkata, dua orang penumpang itu disahkan bukan pengganas dan tindakan mereka menggunakan pasport curi adalah atas alasan tidak mahu memohon visa bagi untuk melawat negara Jerman.
Terdahulu polis mengesahkan dua rakyat Iran berkenaan adalah antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport palsu.Identiti lelaki itu disahkan sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun. Dia menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang juga disahkan dicuri di Phuket, sebelum menaiki pesawat tersebut.
Nota : Sehingga kini masih lagi misteri dengan kehilangan pesawat MH370 ini. Admin harap kesemuanya penumpang dan anak kapal tersebut selamatlah hendak nya.