6 GAMBAR : BUKTI MENANTU DEDAH ANWAR KENAL KAPTEN ZAHARIE



Saya memang jatuh cinta setiap kali melihat bayi comel terutama apabila dia tersenyum. Bayi bak kain putih, belum dicorakkan lagi dengan warna kehidupan.



Saya difahamkan, ibu bayi terbabit, MENANTU Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Maka bayi comel itu, CUCU mereka. 


Justeru tidak hairan jika Wan Azizah memangku cucu sambil diperhatikan oleh Nurul Izzah, bergambar bersama datuknya, Anwar. 

Pastinya bayi itu berasa selesa dimanjakan oleh ahli keluarga terdekat.



Lebih menarik, melalui laman sosial Instagram (di atas), ibu bayi itu mencatatkan, JURUTERBANG pesawat MAS MH370, kini masih hilang, adalah bapa saudaranya, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Menurut wanita itu lagi, Zaharie gemar mengendalikan pesawat. Dia juga berharap, MH370 akan ditemui.


Semua photo di atas dipaparkan di sini untuk tontonan umum.


Agak pelik juga apabila Wan Azizah mendakwa Anwar TIDAK mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.


Barangkali kerana Anwar terlalu sibuk berpolitik.

Dia juga mungkin terlupa, secara jelas MENGAKUI mengenali Zaharie semasa bercakap di sidang parlimen minggu lalu.

Rujuk waktu 0:34

"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebilangan yang saya kenal termasuk juruterbang ..." - Sedutan rakaman sidang parlimen.


Klik di sini.

Sebaik terbaca kenyataan Wan Azizah, mengatakan Anwar TIDAK mengenali Zaharie, secara spontan saya berasa hairan. Mengapakah dia berkata begitu? Apakah motif di sebalik kenyataan dihebahkan kepada media? 

Pihak polis hanya menyiasat Zaharie dan menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan itu, prosedur biasa. Pembantu juruterbang dan jurutera turut disiasat. Dalam kes ini, status mereka bukan pesalah.

Jika kelak ditakdirkan Zaharie selamat kembali ke tanah air bersama 239 penumpang MH370, dia mesti akan berkecil hati.

"Datin Seri dan Datuk Seri tidak kenal saya? Saya bapa saudara menantu Datin Seri dan Datuk Seri. Nama saya Zaharie"

Barangkali itulah antara ungkapan juruterbang berpengalaman terbabit.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.