Pasangan Zizan Razak & Emma Maembong akan bernikah secara sederhana


Pasangan Zizan Razak & Emma Maembong akan nikah secara sederhana

Pelawak dan pelakon popular Zizan Razak berkata majlis perkahwinannya dengan kekasih, Emma Maembong akan diadakan secara sederhana sahaja bagi menghormati permintaan bapa Emma, Ismail Embong yang mahu majlis perkahwinan anaknya dibuat secara sederhana dan tertutup.

"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

"Namun, saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut," katanya kepada mStar.

Pada masa sama, artis berusia 30 tahun ini juga berkata dia enggan berpihak kepada mana-mana berikutan isu Ismail mengecam majlis perkahwinan Yaya Maembong dengan Wan Raja.

"Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan masing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja."

Dalam pada itu, Zizan juga sempat memberitahu mereka akan mula merancang perkahwinan mereka selepas isu tersebut selesai.

"Insya-Allah, Emma beritahu biar keluarganya selesai dahulu dan doakan yang terbaik sahaja buat kami."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.