Hanez Suraya tegaskan tidak mahu lagi dikaitkan dengan Romie


Hanez Suraya tak mahu lagi dikaitkan dengan Romie

Aktres jelita Hanez Suraya menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi dirinya dikaitkan dengan bekas kekasihnya selepas Romie bercerai dengan isterinya baru-baru ini.

Tambah Hanez lagi, dakwaan kononnya dia masih menjalin hubungan dengan Romie tetapi menafikannya kerana mahu menyelamat karier lakonannya yang semakin malap adalah tidak berasas.

"Borbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun tetapi saya tak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.

"Kenapa pula saya perlu beri kenyataan mengenai perceraian Romie dan Liyana, sedangkan antara kami tiada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitan dengan saya.

"Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami," katanya yang dipetik dari Mynewshub.

Dalam pada itu, Hanez tidak menafikan bekas kekasihnya itu adalah lelaki baik yang pernah muncul dalam hidupnya, namun mereka tiada jodoh.

Sementara itu, selepas berpisah dengan Romie, Hanez dikatakan menjalin hubungan dengan seorang juruterbang selepas gambar mereka tersebar baru-baru ini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.