Bila Ropie kecewa dengan komen Fazura


Ropie kecewa dengan komen Fazura yang....

Kumpulan Comey yang dianggotai oleh Ropie untuk program realiti MaharajaLawak di Astro telah meluahkan rasa terkilan dengan komen berat sebelah yang diberikan oleh Fazura minggu lalu (Jumaat).


Komen Fazura memperlihatkan lagu yang dibawa oleh mereka tidak bersesuaian sekaligus menyingkirkan kumpulan Comey malam itu.
“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey.

“Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.

“Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,”

“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam.

“Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,”

“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata.

“Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam.

“Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” tambah Ropie mengakhiri perbualan." -Ropie petikan AstroGempak.com.my


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.