Punca Awal, Scha digam Astro..
Dengar khabar yang Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari digam oleh stesen TV, Astro selepas didapati melanggar kontrak yang telah ditandatangani oleh mereka.
“Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini”
“Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro,” -Awal