Dalam kejadian, seorang lelaki yang dipercayai warga Afrika bertikam lidah dengan lelaki yang dipercayai warga tempatan sehingga berlakunya adegan tolak menolak dan akhirnya lelaki Afrika itu berjaya menumbuk lawannya. Namun lelaki cina itu cuba menumbuk lelaki Afrika terbabit tetapi gagal.
Tidak dikenalpasti apa motif pergaduhan. Isteri kepada lelaki warga Afrika (orang tempatan) kemudian bertindak campurtangan dan seterusnya menguasai pergaduhan berkenaan.
Pengunjung pusat membeli belah yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menasihati mereka namun tidak dihiraukan. Kelihatan lelaki Afrika itu sudah dapat mengawal dirinya tetapi lelaki cina tersebut masih lagi ingin bersikap kasar dengan pasangan itu.
Anak-anak kepada pasangan ini juga kelihatan takut dan terkejut menyaksikan pergaduhan tersebut menangis.
Kedua-dua pihak enggan beralah dan masing-masing mahu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pengawal keselamatan pusat membeli belah gagal mengawal keadaan. - My Media Hub