Sejak
isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas, isteri
pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara individu
yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.
Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77
ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.
Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-
"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage
baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive
dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya
bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES
SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n
PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen
dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan
juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE
tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.
Cuba anda meletakkan diri anda sebagai
peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri.
Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan
idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan
telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk
terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2
anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau
menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut
keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di
mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda.
BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan
anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara
malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat
didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di
buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan
memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki
bersama FAREEDA.
Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA
di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi
saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun
online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana
pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn
senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk
mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan
butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka
menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa
saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada
mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.
Dan untuk pengetahuan semua pihak
FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas
demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga
membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg
diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi
penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk
menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja
ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang
berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan
dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah
menjadi isu kpd pembeli.
Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada
yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati
syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri
saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba
menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai
SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan
tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri
saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang
labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak
pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk
terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang
ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda
dalam menutup aurat dan juga berfesyen.
Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn
kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya
demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika
dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain
seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga
apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan
menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita
islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam
berbisness dan juga mencari rezki yang halal.
Diharap coretan sya ini tidak mengguris
hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau
ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu
sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak
menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan
keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan
menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara
kita.sekian terima kasih."