Kes Khalwat tidak mematahkan Cinta Redzwani kepada Shahrizal tetap teguh!


Pada: Jumaat, 11 April 2014

Berita mahkamah yang menyebutkan pegawai JAIS ternampak Shahrizal Jaszle memakai boxer ketika serbuan kes khalwat telah mendapat reaksi kekasih dan bekas tunangnya, Redzwani yang merasakan Shahrizal dalam keadaan terperangkap dan kekasihnya itu mungkin berada di pihak yang benar.

Namun ditidak membangkang dan menghormati apa jua keputusan mahkamah yang kini masih dalam prosiding kes khalwat berkenaan.

Sebagai insan yang sedang bercinta pastinya ini satu cubaan berat yang harus dipikul, cintanya dengan Shahrizal juga masih utuh serta menganggap ini semua adalah lumrah sebagai seorang manusia dimana tidak lari daripada kesilapan.
"Tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap. Saya percayakannya dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah.

"Sehingga kini, kami masih lagi berpasangan. Lagipun kami masing-masing sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai perkara ini

"Sebelum dia (Shahrizal) dibicarakan, dia sudah menjelaskan segala-galanya kepada saya. Dan seperti yang saya katakan tadi, saya terima apa saja keputusan.

"Lagipun perkara ini sudah pun lepas. Apa yang saya boleh cakap, tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan,"-Redzwani petikan mStar
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.