Gara-Gara Tak Pandai Sapukan Ubat di Mata Suami , Isteri Diceraikan Talak 3 Sekaligus
Kuala Lumpur: “Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus
hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” kata seorang ibu tunggal,
Nora, bukan nama sebenar ketika menceritakan perkahwinannya musnah
disebabkan perkara yang tidak masuk akal.
Nora, 27, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit
mata lalu meminta pertolongannya menyapukan ubat yang diambil di sebuah
klinik.
“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.
“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan
cerai talak tiga sekali gus,” katanya yang ditemui semalam.
Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu
di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke
rumah ibu bapa di Perak. - Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.