2 KANAK-KANAK TADIKA MAUT TERMINUM BEKALAN AIR YANG DICEMARI RACUN TIKUS



Kerana wang, manusia sanggup berbuat apa sahaja demi keuntungan. Itulah yang terjadi di Yunnan, China, seorang pemilik sebuah tadika sanggup meletakkan racun tikus di dalam bekalan air pesaingnya sehingga menyebabkan dua kanak-kanak di bawah jagaan taska pesaingnya meninggal dunia. Manakala 76 kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Kejadian yang berlaku di Shuanglongyin, Tadika Jiajia yang mana pelajarnya berusia di antara tiga hingga lima tahun mengalami muntah-muntah yang teruk.

Pada awal pemeriksaan, doktor menyangkakan ia berpunca dari gula-gula yang diberikan oleh pihak sekolah. Namun setelah ujian terperincin dilakukan ke atas bekas pembalut gula-gula berkenaan, keputusannya negatif.


Ditambah pula, dua kanak-kanak yang meninggal dunia itu tidak makan gula-gula berkenaan.

Selepas siasatan lanjut, pihak berkuasa menemui punca kejadian sebenar di mana Tadika Jiajia telah dipecah masuk dua hari sebelum kejadian.

Namun perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak polis kerana tiada barang yang hilang.

Hasil siasatan, polis telah menangkap He Feng tetapi dia telah menafikan penglibatannya.

Pihak berkuasa memaklumkan punca dua kanak-kanak malang itu meninggal kerana terminum air yang dicemari racun tikus, tetramethylenedisulfotetramine (TETS) yang tidak mempunyai warna dan bau. Racun berkenaan dikesan dalam bekalan air tadika Jiajia.

Moga perkara ini tidak berlaku di negara kita.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.