(Terima kasih kepada semua krew kabin yang membenarkan kami menyiarkan status Facebook mereka. Ini merupakan komen peribadi mereka tentang sahabat-sahabat yang terlibat dalam MH370 dan bukan komen bagi pihak MAS)
Pramugari dan pramugara Malaysia Airlines hari ini meluahkan rasa dukacita terhadap kejadian yang menimpa rakan-rakan mereka yang ditugaskan dalam MH370 yang dijadualkan terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu, 12:40 pagi.
Pesawat B777-200 tersebut dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi tersebut. Pesawat tersebut membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal.
Turut merasai kehilangan tersebut adalah rakan-rakan rapat anak-anak kapal bertugas iaitu Gina Hisham, yang aktif mengemaskini status di Facebook. Beliau secara peribadi meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan setakat tiga hari kehilangan pesawat tersebut:

Ada juga diantara mereka yang menulis, buat kali pertama dalam sejarah karier beliau sebagai pramugara, penumpang mula menunjukkan perhatian sewaktu demonstrasi keselamatan dilakukan di hadapan sebelum pesawat berlepas. Menurut status Ken Herai:
Lain pula dengan status yang dimuatnaik oleh Atie Mahmud, yang nampak redha dengan ketentuan ilahi akan kejadian ini. Apa yang cuba digambarkan oleh pramugari senior ini, apa yang terjadi merupakan takdir Tuhan yang tidak dapat kita sangkal lagi:
Berikut adalah antara reaksi lain krew kabin Malaysia Airlines mengenai kehilangan pesawat MH370 yang membawa rakan-rakan sekerja mereka. Kehilangan pesawat tersebut cukup memberi kesan terhadap mereka yang kebanyakannya dilaporkan mempunyai hubungan akrab dengan krew kabin bertugas.