Hamizi Hamdan, seorang agen hartanah dan usahawan dalam bidang pembinaan menceritakan pengalamannya menemuduga calon-calon pekerja untuk syarikatnya APS Project Planner Sdn. Bhd.
Daripada tujuh calon yang hadir, hanya tiga calon sahaja yang dipertimbangkan. Mengapa?
Baca perkongsian pengalaman Hamizi dan fahami apakah kriteria yang dilihat serta diinginkan oleh seorang penemuduga. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada para graduan yang sedang mencari pekerjaan di luar sana untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan bersedia sepenuhnya.
Ringkasan Temuduga 27 Ogos 2014:
Saya telah menemuduga tujuh calon sebagai Project Planner untuk beberapa projek baru kami. Calon yang hadir berkenaan kesemuanya berbangsa Melayu. Kesemuanya berkelulusan universiti tempatan (UiTM, UKM & UMP). Enam orang adalah fresh graduate dan seorang berpengalaman dua tahun, empat orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Daripada tujuh orang ini, empat orang saya bagi jawapan ANDA GAGAL di depan mata mereka sendiri, manakala tiga orang lagi dalam pertimbangan.
Berikut adalah sebab mengapa empat orang tadi GAGAL:
1. Calon GAGAL pertama (perempuan), fresh graduate:
Tidak bawa gambar seperti yang diminta – Ini adalah arahan yang paling simple semasa dipanggil untuk temuduga. Samada calon mengambil ringan atau cuba berjimat itu bukan alasan.
Tiada lesen memandu (sudah tentu tiada kenderaan) – Tiada mobility. Terpaksa dihantar ke sana dan ke mari. Pekerjaan sebagai Planner atau Engineer atau banyak kerja di luar perlu mobility.
Tidak bersedia – Katanya ada baca mengenai syarikat tetapi tidak mampu bercerita sedikit pun berkenaan dengan syarikat dan apakah tugas sebagai project planner.
Memakai baju kurung – Ini adalah 1st impression. Saya bukan mahu mencari staff admin yang duduk di pejabat sepanjang masa. Seharusnya datang dalam penampilan yang sesuai dengan pekerjaan yang sedikit lasak tetapi sopan.
Suara tidak jelas – Kerana kurang bersedia dan tidak confident, maka suaranya jadi kurang jelas.
2. Calon GAGAL kedua (perempuan), fresh graduate:
Kerana jawapannya – Dia sedang apply untuk sambung Master. Apabila ditanya jikalau dapat kerja dan juga dapat sambung Master serentak, jawabnya dia akan menilai pekerjaan itu (bukannya Master). Maka prioritynya dilihat lebih kepada sambung belajar. Saya tidak mahu ambil pekerja yang tidak komited.
3. Calon GAGAL ketiga (lelaki), fresh graduate:
Baju tidak masuk ke dalam – Ini bukan pergi bersantai berpakaian sebegini. Walau apapun pekerjaan yang dipohon.
Job hopper – Baru bekerja beberapa bulan dengan syarikat pemaju yang membayar RM2,500 sebulan dan sekarang minta RM3,000 sebulan (firm).
Selepas beberapa jawapan diberi melalui pengalaman yang pendek, saya jawab,
“Apabila saya lihat CV berkenaan gaji yang awak dapat dan gaji yang diminta, saya tertanya-tanya apa kelebihan awak? Tetapi sekarang saya rasa awak tidak lebih baik daripada staff yang saya ada, malah saya tidak akan bayar RM2,500 untuk awak dan RM2,000 untuk awak juga sudah agak mahal. Awak patut study market dan appreciate company awak kerja sekarang”.
Kejamkan jawapan saya?
4. Calon GAGAL keempat (lelaki), fresh graduate:
Tidak datang awal untuk mengisi borang – Hanya temuduga dengan calon ini sahaja yang bermula lewat kerana dia tiba 5 minit sebelum temuduga.
Tidak bawa CV terkini dan gambar – Juga telah diingatkan sebelum ini. Gagal mengikut arahan.
Alasan berhenti kerja terdahulu – Katanya jauh (tinggal di Cheras, kerja di Semenyih), tidak diberi rumah (gajinya RM2,800), tidak dapat rumah sewa (alasan tidak logik), tiada supervisor (inilah alasan sebenar bagi saya)
Calon ini anak bongsu. Manja. Susah sikit tidak boleh. Jauh sikit (tak jauh mana pun) tak boleh, nak kerja depan rumah. Hendak gaji besar hendak kerja senang dan kurang tanggungjawab. Saya advise dia seperti calon gagal ketiga tadi.
Kesimpulan:
Tiga calon yang berjaya lepasi pun bukanlah bagus mana sangat, tetapi lebih baik dari segi attitude. Saya berpendapat Gen-Y ini manja. Mereka rasa mereka patut dapat itu dan ini secara mutlak tanpa perlu berusaha kuat. Mereka pandang ringan banyak perkara.
Oleh Hamizi Hamdan
Nota Kaki: Terus terfikir, layakkah diriku dengan pekerjaan yang sekarang ini? Hehe!