Wanita Ini Dibelasah Suami Kerana Terlalu Sibuk Berniaga Tudung Online


Wanita Ini Dibelasah Suami Kerana Terlalu Sibuk Berniaga Tudung Online

IPOH: Seorang wanita cedera di seluruh badan akibat dipukul dan dipijak oleh suaminya di sebuah rumah di Persiaran Panji, kelmarin.

Dalam kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun bersama kakak & abang iparnya sedang menyelesaikan urusan perniagaan online sejak jam 8 malam.

Berang dan tidak puas hati dengan sikap mangsa yang terlalu sibuk menguruskan perniagaan tudung secara online sehingga mengabaikan urusan keluarga, mangsa dibelasah teruk oleh suaminya.

Suaminya juga mendakwa mangsa mengabaikan kebajikan keluarga termasuk tidak memberi susu kepada anak mereka. Dakwaan berkenaan menyebabkan mereka bergaduh. Suaminya tiba-tiba naik angin dan terus memukul kepalanya selain memijak badannya berkali-kali.

Suami mangsa juga tercedera apabila mangsa cuba mengacukan pisau pada lelaki terbabit sebagai tindakan mempertahankan diri dari terus dibelasah. Namun, pergaduhan itu terhenti selepas keluarga mereka campur tangan.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Pulai jam 3.30 pagi pada hari yang sama. - Harian Metro

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.