Kenyataan balas Abby Abadi terhadap tuduhan bekas suami


INILAH KENYATAAN BALAS ABBY ABADI ISU BEKAS SUAMINYA JAJA SATU DUNIA KONONNYA DIA KENA "DERA" DENGAN ABBY.

Semoga penjelasan ini akan mereda dan merungkai sedikit kebenaran demi pencerahan.



Jauh disudut hati kecil malatup .. lebih mempercayai akan kata-kata Abby Abadi dari bekas suaminya.



GAMBAR BEKAS SUAMI ABBY KENA "DERA" DENGAN ABBY DI JAJA SELURUH DUNIA.

Bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendakwa dirinya didera secara mental dan fizikal sepanjang tempoh perkahwinan mereka sejak 9 Julai lalu.

Perkara itu didedahkannya kepada pemberita sejurus selepas selesai kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Memang tidak ada terfikir nak rujuk langsung kerana dia pernah mencederakan saya, menyeksa, dari segi emosi dan semuanya.



“Dari segi fizikal dia pernah mencederakan saya di muka di mana dia cakar muka saya dan tangan saya,” katanya.

Mengulas pertanyaan media, mengapa tidak menjelaskan situasi dan perkara berkenaan di hadapan hakim, Farhan berkata dia pada mulanya enggan mengaibkan sesiapa.

Bagaimanapun dia berubah fikiran dan akhirnya mendedahkan perkara itu bagi menjelaskan punca sebenar pergolakan perkahwinan mereka.

“Saya bukan melarikan diri, ada masanya saya perlukan ketenangan namun dia (Abby) selalu tekan saya terutamanya bila dia tidak ada duit

“Dia pernah cakap saya ini tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada dia.

“Sebagai seorang suami saya hanya berikan yang saya mampu,” katanya kepada pemberita.

Farhan yang berkerja sendiri juga mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukan butki dia dicederakan oleh Abby di muka dan tangan.

Malah satu laporan polis juga telah dibuat olehnya di Balai Polis Ampang pada 17 Mei lalu bagi menghalang Abby mendekati dirinya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 37, danMuhammad Noor Farhan, 25, bernikah di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lepas selepas hanya dua minggu berkenalan.

Mereka kemudian mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

DARI RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT AMAT JELAS MACAM ADA TAK KENA JER .. KALAU YA PUN NAK AIBKAN BEKAS ISTERI TAK KANLAH SAMPAI GINI SEKALI.

CAKAP TIDAK AKAN RUJUK SEMULA DENGAN ABBY .. MASALAHNYA ADAKAH ABBY BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK RUJUK SEMULA?
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.