Benarke Shahir dan Erra Fazira bercinta?

Erra Fazira yang kini bergelar janda memang menjadi intipan ramai lelaki yang mahu melamarnya. Namun ketegasan Erra dalam hal ini membuatkan dia mahu hidup berseorangan buat masa ini.

Namun memetik portal Murai semalam, Erra dikatakan dikaitkan dengan Shahir AF8. Dimana Shahir mengakui yang dia berkawan rapat dengan Erra.

Gosip ini timbul apabila mereka sering kelihatan keluar bersama-sama.
“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,"

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,”

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," -Shahir AF

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.