Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz
Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali.
Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga.
"Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon."
Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi.”
Nelydia membuat penjelasan itu selepas
diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan
aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang
didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date