Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat - Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.
Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.
Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.
Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.
Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan
penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat.
Katanya, mengenakan pakaian ketat dapat membantu dirinya mengesan
tanda-tanda awal kegemukan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka
memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat
dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia
sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan
makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."