Syukur, Alhamdulillah, kini seorang lagi selebriti penyanyi tempatan kita tampil dengan menutup aurat dengan berhijab/bertudung, dia adalah Juliza Adzlizan yang nekad berbuat demikian pada hari Selasa lalu.
Juliza Adzlizan yang berusia 47 tahun ini beranggapan perubahan pada dirinya adalah kesedaran yang lahir pada dirinya sendiri, bukan melalui pengalaman aneh dan lain-lain lagi.
"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.
"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek,"
"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," -Juliza Adzlizan. petikan mStar